Wednesday, November 18, 2015

Tanjung Piring, Pitas

Hai \('◡')/
Good Morning!

Bah sebelum cerita ni jadi basi, bagus saya share ni ari kan. 
Entry ari ni ialah continuation dari Pantai Naruntung punya post. 
So, Tanjung Piring merupakan another tour attraction di Daerah Pitas. Tapi sama juga la dengan Pantai Naruntung, tempat ni pun belum komersial lagi. Jadi kalau tanya orang Pitas sekali pun, mungkin ramai yang belum pigi ni tempat. 

Tanjung Piring ni terletak di Mukim Telaga and perjalanan dia melalui Kg Mangkapon la (kalau silap tulung kasi betul la kio). Perjalanan ke tanjung ni memang challenging sebab jalan di laluan lori balak. Nah bagus saya kasi tengo kamu gambar kan, baru nampak macamana keadaan dia.
Kalau kereta 4WD memang ngam-ngam ni jalan, kalau guna kereta kecil pula takut xdapat naik tu bukit. Tepi-tepi tu jalan pula banyak tu ranting-ranting kayu, semak lagi. So, kalau sayang tu kereta sampai inda sanggup kena gores sikit-sikit jangan la pigi sini (rugi lorr). Perjalanan lebih kurang dalam 1 jam la dari Kg Bongkol.
Semak..
Nah ini lagi bahaya. Nasib baik tym kami pigi teda ranting-ranting kayu yang berjatuhan. Yang memang sudah jatuh tumbang melintang di tengah jalan ada la, tapi itu buli urus punya la. Angkat saja bunag pigi tepi, selesai masalah kan. So, sepanjang jalan memang ini la sight yang kamu akan nampak kalau pigi sini.
Ini jalan dia yang paling curam. hmmmm macam saya ada ambil bah video tym lalu ni jalan, tapi cari punya cari tiada pula sa jumpa. Haha kamu pigi la sendiri baru terasa macamana cabaran dia kan.
Tengok ni jalan begitu teruk, mesti ada yang tertanya ni 'berbaloi ka jalan begitu teruk pigi ni tanjung?'...aikkk mesti berbaloi punya bah!
haha tapi inda semua orang pendapat dia sama kan. Kalau geng2 yang suka extreme and adventure punya travel, nah ini la ni makanan kamu. 

Nah saya kasi tengok kamu gambar Tanjung Piring, tengok dulu baru kamu buat keputusan berbaloi ka inda aa..
 Excited. Terus ikut tu budak-budak lari-lari.
Antara view yang menarik ♥
I love to see the lubang-lubang on the stone. Cantik! And rangka rumah di depan tu bikin tambah drama dia. ^_^ lupa pula saya tanya asal-usul tu rangka. hmm.

Tanjung ni x berapa luas la pantai di (sudah namanya tanjung). Tapi yang menariknya sini tu batu-batu tepi laut tu. Cantik kalau ambil photo.
Ini aktiviti mesti ada, kalau inda memang inda meriah la suasana ; panggang-panggang, minum-minum, santai-santai, cerita-cerita...
Haha kamu nampak ka apa yang oddnya dalam gambar di atas ni? haha cari la..
Tapi apa pun/dimana pun ko pigi jalan-jalan, it will be the best moment with family. 
Much love to Pat and family ♥♥♥ they are our family at Pitas.
My Fav photos :

The best of the best Friend ♥

So, apamacam? ada berani mau pigi sini?
Yang dapat posting kerja di Pitas ka dekat-dekat Pitas ka, datang la sini. At least ada juga tempat untuk kasi hilang tu bosan kan. Kalau minggu-minggu turun K.K, matai...hujung bulan makan maggi saja..Bagus round-round Pitas kan.

Bah itu saja la cerita.
Bye.


2 comments:

  1. Kamu tiada jumpa hantu d Tanjung Piring ka,sya prnh tinggal d Tanjung piring selama sethn setgh. Mcm2 pengalaman sya dpt d sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada juga bah...ada rumah-rumah ka pula di Tanjung Piring tu? Sebab masa kami pigi teda pula sa nampak..

      Delete

You ♥ Me

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Little Angel

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Little Angel

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers