Tuesday, July 17, 2012

Proses menanam Padi Huma hingga Menuai

Padi Huma atau lebih dikenali sebagai padi bukit merupakan sejenis padi yang ditanam di lereng bukit. Menanam padi bukit merupakan salah satu aktiviti utama yang dijalankan oleh penduduk pribumi tempatan di kawasan pedalaman atau luarbandar di Negeri Sabah. Proses menanam padi bukit adalah sangat berbeza dengan proses menanam padi sawah. Menanam padi bukit lebih mencabar disebabkan bukan sahaja ia memerlukan kegigihan yang tinggi malah lebih menggunakan tenaga tulang empat kerat berbanding peralatan seperti mesin untuk menggusahakannya. Bagi mereka yang belum pernah melihat atau mengalami sendiri bagaimana atau apa proses-proses yang harus dijalankan bermula dari membuka tanah hinggalah terhasilnya padi bukit semestinya tertanya-tanya bagaimana jerih payahnya menanam padi bukit. 

Oleh itu, dalam topik kali ini saya ingin kongsikan dengan anda tentang proses-proses menanam padi huma/padi bukit dari awal hinggga akhir...Memandangkan saya dibesarkan dengan menjalankan aktiviti menanam padi bukit, boleh dikatakan saya agak berpengalaman dalam topik nie :D..

Proses menanam padi bukit boleh diringkaskan kepada 6 M dalam bahasa Dusun. Tapi yang menariknya ianya juga 6 M dalam bahasa melayu. 6M tersebut ialah :

    1. Momorilik -> Menebas
    2. Managad -> Menebang
    3. Montutud -> Membakar
    4. Mongurak -> Membakar sisa-sisa kayu yang tidak terbakar dalam proses 'montutud'
    5. Mangasok -> Menugal/ menyemai benih padi
    6. Mongomot -> Menuai
    
okay...sekarang saya terangkan pula secara ringkas setiap langkah-langkah dalam 6M tadi..^.^

Pertama, 'momorilik'. 'Momorilik' bermaksud menebas pohon-pohon kecil dan tumbuhan-tumbuhan renek/ kecil. Bagi membuka tanah yang akan diusahakan sebagai penanaman padi bukit, 'momorilik' merupakan langkah pertama yang perlu dijalankan bagi memudahkan proses menebang pohon-pohon yang lebih besar dan seterusnya juga memudahkan proses membakar nanti. Aktiviti 'momorilik' ini biasanya dijalankan oleh ahli keluarga pengusaha tersebut. Walaubagaimana pun, 'momorilik' ini juga kadang-kadang dijalankan secara bergotong-royong (mitabang) terutama sekali apabila tanah yang ingin dibuka itu mempunyai keluasan yang besar.

Seterusnya, kerja-kerja 'managad' akan dijalankan selepas selesai 'momorilik'. Walaubagaimana pun, 'managad' boleh dijalankan semasa kerja-kerja 'momorilik' dijalankan di mana 'managad' akan dijalankan bermula dari kawasan yang sudah ditebas (di bahagian bawah bukit)...hehe jimat masa. Biasanya, 'momorilik' dan 'managad' nie mengambil masa beberapa hari atau minggu mengikut keluasan tanah tanah yang dibuka. Dahulunya 'managad' dijalankan menggunakan peralatan seperti kapak atau parang yang mana sememangnya mengambil masa yang lama. Kini dengan bantuan peralatan yang lebih canggih seperti gergaji dan terutamanya gergaji berantai ('sinso' kami bilang ^^), 'managad' dapat dijalankan dengan lebih cepat...tapi penat pula mengangkut 'sinso' tu naik bukit...cramp tangan ooo..

Sebelum ke proses yang ke-3 iaitu 'montutud', kayu-kayu yang telah di tebang akan dibiarkan sehingga kering. Kalau hari-hari hujan, alamatnya berminggu-minggulah penantian untuk membakar kayu-kayu tersebut. Kalau hari-hari panas terik pun susah juga, berisiko untuk terjadinya kebakaran. So, timing untuk menjalankan kerja-kerja 'montutud' ni kena betul. Kalau panas terik berpanjangan nak bakar juga, ambillah langkah-langkah berjaga-jaga. Sediakan air talam tangki untuk memadam kebakaran/ 'ulatan poh hilo disan-disan dumo' @ susah mau translate kepada bahasa Melayu :P..

Bah selesai 'montutud', jalankan pula kerja-kerja 'mongurak'. Kerja-kerja 'mongurak' ni pun bergantung kepada cuaca juga. Paling seronok 'mongurak' bila cuaca mendung atau panas yang tidak terik. Kalau panas terik, memang kompom jadi hitam dalam sehari...haha balik kampung nanti mesti ready dengan sunblock (jaga kulit bha ^^)..'mongurak' merupakan istilah dalam bahasa Dusun bagi kerja-kerja mengumpulkan kayu-kayu, daun-daun atau ranting dalam satu timbunan dan kemudiannya dibakar...
nie antara gambar 'mongurak' yang sempat saya ambil semasa balik kampung cuti semester lalu :
mengumpul kayu-kayu untuk dibakar
then, longgokan kayu akan di bakar...haha enjoynya dorang^^
haha  aktiviti 'membakar' dan 'mongurak' sebenarnya menimbulkan kesan yang kurang menyenangkan la..iaitu  menyebabkan jerebu dan risiko kebakaran...tapi apa boleh buat..2 aktiviti inilah yang paling penting dalam menanam padi bukit ini di mana daripada pembakaran tersebut akan menghasilkan baja semulajadi  untuk menjamin kesuburan dan pertumbuhan padi yang akan ditanam. Itulah sebabnya, padi bukit nie tak payah susah-susah letak baja...dan semestinya hasilnya lebih sedap...:)
arrrghh it's hot...hahaha but i'm enjoying this too ^_^

Langkah seterusnya pula ialah 'mangasok' atau pun menugal dalam bahasa Melayu. 'Mangasok' ialah satu proses di mana tanah akan dilubangkan dengan sebatang kayu yang penghujungnya runcing. Seterusnya, benih padi akan dimasukkan kedalam lubang tersebut (monumpos). Benih padi yang dimasukkan adalah antara 5-10 biji. 'mangasok' biasanya dilakukan oleh golongan lelaki, manakala 'monumpos' pula dijalankan oleh golongan wanita. Kerja-kerja menanam padi ini juga biasanya dijalankan secara gotong-royong (mitabang)...
Ni video pendek untuk 'monumpos' n 'mangasok'
Di bawah ni saya dengan adik saya try mangasok. Bertahan sekejap saja sebab kayu tu bole tahan juga berat dia.hehe
Terkenang pula dulu-dulu, ketika belum berjauhan dengan keluarga, tidak pernah ketinggalan balik kampung bila tiba musim menanam padi. Sambil 'mangasok' dan 'monumpos' tu, sempat bermain teka-teki (sundait), bercerita, bergurau senda...hahaha di situlah ikatan kekeluargaan itu bertambah erat..:)

Okay, selesai proses menanam padi. Sebelum saya ceritakan proses 6M yang terakhir, saya cerita serba sedikit tentang penjagaan tanaman nie. Setelah benih padi tersebut telah bercambah, proses mencabut rumpai/ tumbuhan lain yang menganggu pertumbuhan padi akan dijalankan. Dalam bahasa Dusun, proses ini dikenali sebagai (mamagamas/ gumamas). Seterusnya, bila padi-padi tersebut sudah bunting, 'orang-orang' akan dipasang untuk menghalau burung pipit yang datang memakan buah padi. Walaubagaimana pun, pemasangan 'orang-orang' sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, apa yang biasa dilakukan oleh ibu bapa saya ialah mengambil beberapa batang buluh (lebih kurang 4-5 kaki panjang), belah (beberapa belahan) penghujung buluh tersebut kemudian pacakkan di penjuru-penjuru huma atau di kawasan yang menjadi tumpuan burung-burung tersebut. Buluh ini diikat dengan tali ke pondok di tengah huma tersebut. Apabila kelompok burung datang untuk memakan padi, tali tersebut akan di tarik dan digoyangkan dan buloh tersebut akan menghasilkan bunyi untuk menghalau burung-burung tersebut.

6M yang terakhir ialah 'mongomot' atau menuai padi. Padi yang telah cukup masak akan dituai menggunakan sejenis pisau yang dibuat sendiri dari besi lembut yang diketuk sehingga nipis kemudiannya dipasang pada kayu. Pisau ini dikenali sebagai 'linggaman' dalam bahasa Dusun. Antara peralatan lain yang diperlukan untuk menuai padi ialah 'wakid' dan karung untuk mengumpul padi setelah 'wakid' tersebut penuh. Di bawah adalah gambar yang di ambil oleh adik saya ketika musim menuai (sayangnya saya tak sempat join :'(..lama dah tak join menuai padi...


"Inilah dia 'linggaman' - pisau yang digunakan untuk menuai padi huma"
Sedang menuai padi
walaupun bekerja di bawah panas mentari, tetap enjoy^^

Okay, selesai cerita tentang proses menanam padi huma hinggalah padi huma dituai. hahaha it took me 3 days to complete this. Harap-harap kamu enjoy baca dan dapat serba sedikit gambaran mengenai kerja-kerja menanam padi huma nie. Lagi best baca kalau semua proses ada gambar, tapi malangnya saya tak ada gambar untuk sesetengah proses...never mind, i'll try to post some picture of it in a future post ^^
any comment/Question?...leave your comment below...TQ ^_^

18 comments:

  1. so nice. ingat time dulu dulu di kampung. sekarang pun masi lagi mau pg mongomot ni. bila la balik kampung ni...

    ReplyDelete
  2. sis..bagaimana untuk daptkan benih padi huma ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya benih dapat dari hasil tuaian tahun sebelumnya...semasa menuai, buah padi yang terbaik/bagus kualiti akan diasingkan untuk disemai pada tahun hadapan.

      Delete
  3. apa variety padi huma yg paling selalu ditanam oleh penduduk kampung?

    ReplyDelete
  4. kat sini ada jual benih padi huma... area semenanjung email. hijrah626@gmail.com

    ReplyDelete
  5. anyways i can contact you to learn more about padi huma? thanks! mau belajar~

    ReplyDelete
  6. Ada yg belum complete ni. Satu lagi M barangkali.. Dari padi nak jadi beras. M apa tu ya.. Memberas mungkin.. Cerita sikit

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas info diatas..buah cempedak diluar pagar. sy budak baru belajar...

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas info diatas..buah cempedak diluar pagar. sy budak baru belajar...

    ReplyDelete
  9. Just want to start planting padi huma but no experience. Your info is very helpful. One question, you put in around 6 to 10 benih huma inside the holes. Did you leave all of them sprouts out or do you did thinning to 1 only? Appreciate your reply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leave all of them sprouts. Sometimes not all the benih will sprout because of the insect, rats or bird gonna ate them. Thats why we put more benih.

      Delete
  10. seronok baca rencana ni. terkenang masa kecik dulu selalu ikut emak pegi tanam padi. Rasanya ada 3 lagi M yang tertinggal. kalau bahasa saya Mengirik iaitu meleraikan padi dari tangkainya, Menjemur, dan M seterusnya Menumbuk untuk mendapatkan beras. M ukt masak da makan tu tolak tepi dulu

    ReplyDelete
  11. Sangat membantu saya dalam membuat kajian. Thanks a lot !!!

    ReplyDelete
  12. Sangat membantu saya dalam membuat kajian. Thanks a lot !!!

    ReplyDelete

You ♥ Me

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Little Angel

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Little Angel

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers