Sunday, November 29, 2015

Majestic Mountain! ~ nice weather ♥

Kudat-Tuaran Junction/road.
On the way back to Pitas. 
The weather is super nice! The view from Mengkabong Bridge, Tuaran was breath-taking and magnificent. The Mount Kinabalu clearly seen from the bridge even though the time was 12.30pm. Alas I didn't manage to take the photo.  

#Am proud to be Sabahan ♥

Thursday, November 26, 2015

Di Kampung : Capturing The Beauty

Just some random@my fav photo for the month of September.
Jul-August : Rice/Paddy planting season at my village. Soon, end of 2015/beginning of the year 2016 will be harvest season. 
The king of Flower (Nominated by me..haha). I have tried to search the name of this plant on google image by typing 'pineapple like plant'...haha so funny, coz mostly pineapple photo came out. Scroll scroll pigi bawah, jumpa plant yang Identical baru la saya dapat idea yang plant ni Agave species. So type 'Agave species', and I was (○o○) 'woooow'...Banyak pula plant dalam Agave species ni. 
So, menurut pemerhatian saya (by comparing the photo), nama plant ni ialah Agave Angustifolia (Caribbean Agave). This is succulents type of plant. So tall already, as tall as our old house. So beautiful la! ♥
Caladium Bicolor. In malay they called it Bunga keladi red star (photo above). 
Also Caladium Bicolor tapi warna putih hijau.
Non Flowering plant. Still adorable!
Fruit season. Langsat Season...always my favorite season. Tahun ni inda puas menikmati musim buah.
It's my mom who spot this beautiful plant... 

View dalam perjalanan balik from our old house.
I always adore this beautiful wild flower...
The bee love it too!

Nah, inilah some of my September photos collection.
Bulan-bulan lalu sangat busy, sekarang baru sempat share. Banyak lagi dalam draft.
Later la k..

Have a nice day ahead beautiful people!

Monday, November 23, 2015

Laga Biji Getah~Nostalgia



Mengimbau kembali game time budak-budak dulu...Laga biji getah!

Balik kampung September lalu ini la kerja kami...
Nah sapa ada kebun getah confirm tau ni game...sambil-sambil menoreh pungut biji getah, balik rumah nanti buli buat championship laga biji getah..hehe 
 Those yang belum pernah nampak biji getah, inilah rupa dia..heee
 Rules da senang saja..Game ini hanya memerlukan kekuatan tapak tangan,  lagakan kedua biji getah, sapa punya biji getah pecah maknanya dia kalah la. Next, giliran biji getah lain pula. Paling best kumpul biji getah banyak-banyak, then pilih la mana satu biji yang champion and lawan la dengan biji getah pencabar kamu..hehe Teruskan permainan sampai kamu punya biji getah habis. Cara pengiraan markah/mau tentukan sapa menang sendiri punya rules la. Biasa kami kira brapa banyak biji getah berjaya dipecahkan, winner ialah biji getah yang paling banyak pecahkan biji getah lawan lorr.
 Senangkan. 
So, inilah antara game sebelum zaman gadget, pc, internet and yang sewaktu dengannya datang.

Nowadays, game tu budak2 sana kampung ialah tunduk bawah takan2 skrin phone. Inda mau berenti lagi tu kalau hp belum abis cas...odoi..

Wednesday, November 18, 2015

Tanjung Piring, Pitas

Hai \('◡')/
Good Morning!

Bah sebelum cerita ni jadi basi, bagus saya share ni ari kan. 
Entry ari ni ialah continuation dari Pantai Naruntung punya post. 
So, Tanjung Piring merupakan another tour attraction di Daerah Pitas. Tapi sama juga la dengan Pantai Naruntung, tempat ni pun belum komersial lagi. Jadi kalau tanya orang Pitas sekali pun, mungkin ramai yang belum pigi ni tempat. 

Tanjung Piring ni terletak di Mukim Telaga and perjalanan dia melalui Kg Mangkapon la (kalau silap tulung kasi betul la kio). Perjalanan ke tanjung ni memang challenging sebab jalan di laluan lori balak. Nah bagus saya kasi tengo kamu gambar kan, baru nampak macamana keadaan dia.
Kalau kereta 4WD memang ngam-ngam ni jalan, kalau guna kereta kecil pula takut xdapat naik tu bukit. Tepi-tepi tu jalan pula banyak tu ranting-ranting kayu, semak lagi. So, kalau sayang tu kereta sampai inda sanggup kena gores sikit-sikit jangan la pigi sini (rugi lorr). Perjalanan lebih kurang dalam 1 jam la dari Kg Bongkol.
Semak..
Nah ini lagi bahaya. Nasib baik tym kami pigi teda ranting-ranting kayu yang berjatuhan. Yang memang sudah jatuh tumbang melintang di tengah jalan ada la, tapi itu buli urus punya la. Angkat saja bunag pigi tepi, selesai masalah kan. So, sepanjang jalan memang ini la sight yang kamu akan nampak kalau pigi sini.
Ini jalan dia yang paling curam. hmmmm macam saya ada ambil bah video tym lalu ni jalan, tapi cari punya cari tiada pula sa jumpa. Haha kamu pigi la sendiri baru terasa macamana cabaran dia kan.
Tengok ni jalan begitu teruk, mesti ada yang tertanya ni 'berbaloi ka jalan begitu teruk pigi ni tanjung?'...aikkk mesti berbaloi punya bah!
haha tapi inda semua orang pendapat dia sama kan. Kalau geng2 yang suka extreme and adventure punya travel, nah ini la ni makanan kamu. 

Nah saya kasi tengok kamu gambar Tanjung Piring, tengok dulu baru kamu buat keputusan berbaloi ka inda aa..
 Excited. Terus ikut tu budak-budak lari-lari.
Antara view yang menarik ♥
I love to see the lubang-lubang on the stone. Cantik! And rangka rumah di depan tu bikin tambah drama dia. ^_^ lupa pula saya tanya asal-usul tu rangka. hmm.

Tanjung ni x berapa luas la pantai di (sudah namanya tanjung). Tapi yang menariknya sini tu batu-batu tepi laut tu. Cantik kalau ambil photo.
Ini aktiviti mesti ada, kalau inda memang inda meriah la suasana ; panggang-panggang, minum-minum, santai-santai, cerita-cerita...
Haha kamu nampak ka apa yang oddnya dalam gambar di atas ni? haha cari la..
Tapi apa pun/dimana pun ko pigi jalan-jalan, it will be the best moment with family. 
Much love to Pat and family ♥♥♥ they are our family at Pitas.
My Fav photos :

The best of the best Friend ♥

So, apamacam? ada berani mau pigi sini?
Yang dapat posting kerja di Pitas ka dekat-dekat Pitas ka, datang la sini. At least ada juga tempat untuk kasi hilang tu bosan kan. Kalau minggu-minggu turun K.K, matai...hujung bulan makan maggi saja..Bagus round-round Pitas kan.

Bah itu saja la cerita.
Bye.


WW : Tony Tony Chopper

Tony Tony Chopper from One Piece really make my morning today. Sooooo (♥♥) cute...and funny..haha


Monday, November 9, 2015

Good Morning!

I heard this song for the first time when my sister set it as morning alarm...and I found it annoying because I'm so lazy to wake up early in the morning. But now its kind of funny (xtau apa yang lucu), maybe because it is a classic song and I'm not kind of person that hear classic song in the morning. Yet, I still love it as morning alarm because of the 'Good Morning, good morning!' lyrics..haha


Kathy:
Good mornin', 
Cosmo:
Good mornin'!
Don:
We've talked the whole night through,
Kathy:
Good mornin'
Kathy, Don & Cosmo:
Good mornin' to you.
Good mornin', good mornin'!
It's great to stay up late,
Good mornin', good mornin' to you.
Cosmo:
When the band began to play
The sun was shinin' bright.
Don:
Now the milkman's on his way,
It's too late to say goodnight.
Kathy, Don & Cosmo:
So, good mornin', good mornin'!
Sunbeams will soon smile through,
Good mornin', good mornin', to you,
Kathy:
And you, and you, and you!
Good morning,
Good morning, 
We've gabbed the whole night through.
Good morning, good morning to you.
Don & Cosmo:
Nothin' could be grander than to be in Louisiana
Kathy, Don & Cosmo:
In the morning,
In the morning,
It's great to stay up late!
Good mornin', 
Good mornin' to you.
Don & Cosmo:
It might be just a zippy
If you was in Mississipi!
Kathy:
When we left the movie show
The future wasn't bright
But came the dawn
The show goes on
And I don't wanna say good night
Don & Cosmo:
So say, Good Mornin'!
Kathy:
Good Mornin'!
Kathy, Don & Cosmo:
Rainbow is shining through
Kathy:
Good Mornin'!
Don & Cosmo:
Good Mornin'!
Kathy:
Bon Jour!
Don & Cosmo:
Bon Jour!
Kathy:
Buenos Dias!
Don & Cosmo:
Buenos Dias!
Kathy:
Buon Giorno!
Don & Cosmo:
Buon Giorno!
Kathy:
Guten Morgen!
Don & Cosmo:
Guten Morgen!
Kathy, Don & Cosmo:
Good morning to you.


Waka laka laka wa
Waka laka laka wa...
Ole, toro, Bravo!

Source : CLICK HERE

(^^) Good Morning world!
Have a wonderful day ahead ♥

Friday, November 6, 2015

Pantai Naruntung, Pitas

Hai! ^^
pamacam kamu? Harap-harap semua okay la k. All is well bilang orang putih.
Soooo, hari ni mau share sama kamu la ni saya punya trip bulan Ogos lagi. Haha laaamaaaa suda saya mau post ni tapi inda kesempatan mau edit-edit tu gambar, 2 bulan saya bosou ni post di draf baru ari ni publish..haha sibuk betul la konon ni.

Trip kali ni kami pigi dekat-dekat saja. Kamu pernah dengar ka ni Daerah Pitas di Sabah?
Haha orang pakar geografi pun ingat-ingat lupa kali ni tempat. Daerah Pitas ni ada satu gelaran dia iaitu The Poorest District in Sabah. Nah tengok orang pandai-pandai cakap kan daerah termiskin tapi dorang mungkin inda sedar kenapa Pitas ni daerah termiskin di Negara Sabah yang kaya dengan sumber-sumber alam seperti minyak dan kayu balak. Dimana pemimpin2 ya? 5 tahun lagi akan masuk tahun 2020 dimana Malaysia menjadi satu Negara yang benar-benar maju, hmmmm boleh ka dicapai kalau yang maju tambah maju tapi yang mundur tetap mundur. Yang kaya tambah kaya, yang miskin tambah/tetap miskin. Jadi pikir2 la wahai pemimpin2..

uupppppsssss sorry sorry, melencong pula ni cerita. Haiya saya inda ada niat bah mau cakap pasal politik tadi tapi keadaan di Pitas selama 2 tahun setengah  sa kerja sini sangat sangat sangat kesian bah.

Bah kita masuk cerita yang betul-betul la...cerita yang positif punya. So tempat yang kami pigi ni terletak di Daerah Pitas (I am currently working here la). Nama tempat ialah Pantai Naruntung yang terletak di Mukim Mapan-Mapan. Perjalanan pigi pantai ni mengambil masa kira-kira 2 jam dari Pekan Pitas. 
Bertolak dari Pekan Pitas jam 11:00am, singgah sekejap di rumah kawan di Bongkol dalam 15 min begitu then baru teruskan perjalanan. Kami sampai di pantai tu lebih kurang jam 1:30 pm la.
 Jalan memang tidak berturap tapi kereta kecil macam myvi/viva/kancil/proton still buli lalu la. Hehe and fyi sepanjang jalan jangan la expect pemandangan yang cantik-cantik aa, apa yang kamu buli nampak hutan sebelah menyebelah, then limpas ladang sawit, kampung-kampung kecil, ladang...hmmm itu saja la. Tapi bagi yang memang inda pernah masuk kampung/hutan, ini memang pemandangan yang kamu mesti hayati lorr...haha (^◡^') 
Biar pun Daerah Pitas ni miskin/mundur dari segi kemudahan/infrastruktur tapi dia kaya dengan tempat-tempat menarik dan hasil laut pun murah n fresh sini (lapar terus ingat makanan heee).
Sory la aa, bila buat gif ni terus tu gambar blur. Malas mau edit banyak-banyak gambar bah. Lagi pun kalau post satu-satu tu gambar banyak sangat. Penat jari mau scroll pi bawah. 

So, apa yang best sangat Pantai Naruntung ni????
naahhh tengok gambar di atas, nampak ka apa beza dia. Pantai dia punya la luas. Inda payah risau tu budak2, dorang inda larat tu mau lari sampai ke laut..kecuali anak kamurang hyperaktif la, kamu la yg sengsara mengejar nanti. Pantai masih bersih, sebab belum komersial lagi ni tempat. Lagi satu yang best, di tepi pantai tu ada pokok-pokok rimbun (mcm payung gitu)..so bole la hampar tu tikar untuk santai2, bawa set BBQ, minum2 sikit (wajib, paaanaaas kan)

 Nah buli panjat-panjat lagi. Duduk piknik bawah pokok ni inda brapa panas, ada angin2 sikit. hehe nyaman.
Aramai tie sikit2 saja bikin kasi meriah tu suasana, jangan sampai kalapik la. 

Our Masterpiece (my fav) :



Teda edit punya ni photo ; fresh dari kamera, kecuali tu blog label. 

Antara yang the best punya trip la nie! (^◡^)
Thanks to my best friend and her family for the hospitality ♥. 

Teringat pula bila kawan-kawan tanya dulu, 'kamu kerja mana', then saya jawab 'Pitas'..lepas tu dorang tanya 'apa ada di Pitas aa?'..So, biasanya sa akan jawab "hmmmm..teda apa-apa tu, pekan kecil saja, bank pun tiada, mau shopping pun ada kedai pakistan saja...
mau enjoy2 jangan la cari di Pitas".. 
Nahhh itu sebab sa belum tau, belum kenal-kenal & belum explore lagi Pitas ni. Jadi lepas ni saya buli cerita gini : Actually kan banyak tau tempat menarik sini Pitas. Pantai saja ada 2/3 tempat yang menarik. Cumanya belum dikomersialkan, so inda ramai yang tau. Antara tempat menarik ; Pantai Naruntung (cerita di atas la tu), Pantai Toronguh, Dataran Bengkoka, Tanjung Piring, Pulau Batu Supirak Malubang.....hmmm ini saja saya tau tempat-tempat menarik sini Pitas setakat ni la. Hehe belum explore lagi semua tempat sebab kebanyakan tempat lain jalan-jalan dia agak mencabar bah.

Oya, Tanjung Piring tu sudah kami pigi. Selepas balik dari Pantai Naruntung, besoknya kami jalan pula pigi sana. Antara tempat-tempat yang saya sebut tadi ni paling mencabar la perjalanan dia.
Hehe mau tau apa yang mencabar dia, tunggu next post la. Panjang betul suda ni post, sa pula yang boring tengok..

Bah, jumpa lagi di Tanjung Piring k..

Wednesday, November 4, 2015

Wordless Wednesday : Smile ^_^

Make my Day!

Tapi teda gigi pun senyum juga bah! ^_^
Beloved Tapa ♥

Have a nice day guys! 

Tuesday, November 3, 2015

One Steps Closer : The E-Day ♥

Basi punya cerita lagi. (^.^')
The E-day...
My dress.
See my adik, sangat bersemangat mau tolong deco the background. ^_^ 
A Day before...
Sempat lagi pigi cari buah ^^

..............................
Petangnya all the tompinai (Aunt/Uncle/cousin) datang rumah tolong masak, potong sayur & daging.
Haha yang lain datang warming up punya party ('^^)...huhu belum sampai majlis sudah moginum, nasib baik sikit2 saja..biasa la kalau orang kampung ni. hehe

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Finally, my super simple kampung style punya E-day ♥♥ 


The Dusun E-Day culture :

1. Perbincangan mengenai berian/hantaran/belanja dapur sekiranya belum dibincang masa merisik. Kalau mau majlis cepat and lancar, lagi bagus bincang semua masa merisik. Then, ketua kampung akan terangkan mengenai adat/sogit. Sogit ni banyak jenis aa. Memang la maksud dia denda/penalti/peace sign. Tapi kalau dalam pertunangan/perkahwinan sogit ni banyak jenis la. Kalau dalam kami punya kes, sogit pitokinan dorang bilang. Because my tunang from semenanjung, so perlu sogit ini diberi sebagai tanda kesatuan kedua-dua belah keluarga walaupun dari adat/tempat/bangsa yang berbeza. 
2. Ketua kampung akan bagi advise kepada pasangan tentang do and don't dalam/selama tempoh bertunang. For example, xboleh tinggal sama2/tunang bukan satu geran untuk hidup sebagai suami isteri.
3. Jika kedua-dua pihak sudah setuju dengan jumlah berian/belanja dapur dan juga sogit yang perlu dijalankan, isi borang perjanjian tunang. Lepas borang complete, baca semula apa yang tertulis dalam borang. Kalau teda apa-apa bantahan atau perubahan, selesai sudah loor.
4. Hantaran bertukar tangan.
5. Sarung cincin. Siap!

Oya, bagi kami yang beragama Kristian Katolik akan ada juga nasihat-nasihat yang diberi oleh pemimpin gereja.

Lagi untuk memeriahkan majlis, buat juga la acara potong kek, suap-suap kek (haha), makan/minum and of course ARAMAI TIE! ^___^
Band pun kampung-kampung saja...
hehe asal ada 3 gitar, boleh jalan sudah nyanyi2 and menari-nari..And paling penting mesti ada tu lihing/tapai. uuppps..haha

Behind the scene :


Budak nakal yang memeriahkan majlis.
  Yang lain teda dalam gambar lorr. 
Apa pun thanks a lot kepada semua yang tolong buat kerja/tolong makan/tolong minum ~ Without you guys, the party wont be that awesome and meaningful day for us (cp dengan ikhlas...ngeee)


bye. Jumpa lagi.

You ♥ Me

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Little Angel

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Little Angel

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers